Bekas aiskrim
Boleh digunakan untuk melihat perkaitan konsep isipadu cecair apabila melibatkan 2 bekas yang berlainan.
Bekas losyen
Digunakan dalam menentukan persamaan dan perbezaan isipadu cecair apabila melibatkan perbandingan isipadu terhadap 2 bekas yang digunakan.
Bekas ubat
Oleh kerana bekas ubat ini berbentuk agak rendah dan lebar maka ianya sesuai digunakan untuk membandingkan kedua-dua isipadu cecair sama ada sama atau berbeza bekas bagi memahami konsep isipadu.
Ruas Buluh
Tempurung Kelapa
Ruas buluh dan tempurung kelapa
2 peralatan ini boleh digunakan untuk menerangkan serta diaplikasikan ke atas pemahaman murid tentang konsep isipadu cecair yang melibatkan perbezaan dua bekas yang berlainan. Dengan menjalankan amali sendiri maka murid dapat membentuk sendiri pengalaman mereka bahawa tidak hanya beranggapan bekas yang tinggi adalah mempunyai isipadu yang banyak andai dibandingkan dengan bekas yang lebar dan rendah.
botol syampu
Sesuai digunakan dalam membanding beza isipadu cecair yang melibatkan 2 atau lebih bekas di samping melihat muatan isipadu yang di dalamnya.botol cucian
tin aluminium
bekas air
botol minuman
Semua peralatan ini digunakan dalam membandingkan amaun isipadu cecair serta pemahaman konsep isipadu cecair dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain daripada murah, semua peralatan ini boleh dimanipulasikan kepada pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran di samping memang sinonim dengan kehidupan harian murid-murid. Peralatan ini juga dapat memelihara alam sekitar daripada tercemar.
No comments:
Post a Comment