Pages

Monday, November 22, 2010

Pengajaran dan Pembelajaran Isipadu Cecair

BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi membantu memudahkan pemahaman murid-murid tentang perbandingan muatan isipadu, saya berpendapat bahawa guru hendaklah menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap penguasaan murid dan mesra pengguna ( murid ). Selain daripada itu, bahan bantu mengajar tersebut hendaklah boleh diguna pakai dalam pelbagai situasi di mana dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian murid. Di samping itu, cara penggunaan alat bantu mengajar tersebut seharusnya mudah dan tidak membebankan dari segi kewangan.

Dua bahan bantu mengajar bagi saya yang boleh digunakan dalam menyampaikan kemahiran membandingkan isipadu cecair adalah :
1.      Barang-barang terpakai ( botol, tin minuman, bekas mandian, bekas pencuci pinggan mangkuk, botol syampu, botol mandian dan bekas makanan serta bekas aiskrim ).

GAMBAR-GAMBAR BBM YANG DIGUNAKAN MENGAJAR ISIPADU CECAIR

Bekas aiskrim
Boleh digunakan untuk melihat perkaitan konsep isipadu cecair apabila melibatkan 2 bekas yang berlainan.

Bekas losyen
Digunakan dalam menentukan persamaan dan perbezaan isipadu cecair apabila melibatkan perbandingan isipadu terhadap 2 bekas yang digunakan.

 Bekas ubat
Oleh kerana bekas ubat ini berbentuk agak rendah dan lebar maka ianya sesuai digunakan untuk membandingkan kedua-dua isipadu cecair sama ada sama atau berbeza bekas bagi memahami konsep isipadu.

Ruas Buluh

Tempurung Kelapa

Ruas buluh dan tempurung kelapa
2 peralatan ini boleh digunakan untuk menerangkan serta diaplikasikan ke atas pemahaman murid tentang konsep isipadu cecair yang melibatkan perbezaan dua bekas yang berlainan. Dengan menjalankan amali sendiri maka murid dapat membentuk sendiri pengalaman mereka bahawa tidak hanya beranggapan bekas yang tinggi adalah mempunyai isipadu yang banyak andai dibandingkan dengan bekas yang lebar dan rendah.

botol syampu
Sesuai digunakan dalam membanding beza isipadu cecair yang melibatkan 2 atau lebih bekas di samping melihat muatan isipadu yang di dalamnya.
botol cucian


tin aluminium

bekas air

botol minuman

Semua peralatan ini digunakan dalam membandingkan amaun isipadu cecair serta pemahaman konsep isipadu cecair dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain daripada murah, semua peralatan ini boleh dimanipulasikan kepada pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran di samping memang sinonim dengan kehidupan harian murid-murid. Peralatan ini juga dapat memelihara alam sekitar daripada tercemar.

Wednesday, November 3, 2010

Video Pembelajaran Konsep Isipadu Cecair

Video tentang bagaimana menguji kefahaman konsep isipadu murid dalam memahami tajuk Isipadu Cecair.Biasanya murid akan tertarik melihat kepada faktor fizikal alatan iaitu menyangka bekas yang tinggi adalah selalu mempunyai muatan isipadu yang banyak berbanding bekas yang besar dan lebar.
Rancangan Pelajaran Tahunan